Pengenalan


Pusat Perkembangan Minda Kanak-kanak telah dirasmikan pada 17hb Disember 1998 oleh Ybhg. Dato’ Mohd Nor Bin Bador (mantan Datuk Bandar MBPJ). PPMK merupakan sebuah pusat pendidikan yang memberi asuhan kepada kanak-kanak seawal umur 3 bulan. Bimbingan serta didikan diberikan kepada kanak-kanak 4 hingga 6 tahun, di mana penerapan penguasaan kemahiran 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) dalam pembelajaran merupakan aspek yang ditekankan. Ia bertujuan memberi galakan kepada kanak-kanak menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah kelak.

Disamping itu, ia juga bagi meningkatkan kecemerlangan potensi individu kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak ditingkatkan dengan pemupukan dan pengukuhan kepada amalan nilai-nilai murni melalui usaha-usaha dan program yang terancang dan berstruktur. Kanak-kanak sentiasa diberi peluang untuk didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan pembelajaran mengikut silibus semasa.



Pendaftaran


Pendaftaran hanya dibuka untuk kanak-kanak yang berusia 3 bulan hingga 5 tahun sahaja mengikut kekosongan semasa. Pendaftaran kemasukan  TASKA & TADIKA MBPJ hanya terbuka kepada anak-anak kakitangan atau pegawai MBPJ sahaja.



Carta Organisasi  TASKA & TADIKA MBPJ





Tenaga Kerja  TASKA & TADIKA MBPJ