POLISI DAN PERATURAN
PENDAFTARAN
a) Pendaftaran hanya dibuka untuk kanak-kanak yang berusia 3 bulan ke atas sahaja
b) Hanya kanak-kanak yang normal sahaja boleh berdaftar
c) Terhad kepada 2 orang anak sahaja pada satu masa
d) Hanya anak pegawai/kakitangan MBPJ sahaja yang layak dipertimbangkan. Jika anak angkat, perlu mengemukakan dokumen asal dan menyertakan salinan yang telah disahkan sahaja yang layak dipertimbangkan bagi kemasukan ke Taska & Tadika MBPJ
e) Semua permohonan hendaklah dipohon melalui e-Taska & Tadika MBPJ bermula tahun 2017 (mengikut kekosongan tempat)
YURAN BULANAN
a) Yuran bulanan akan dibuat melalui potongan gaji setiap bulan
b) Yuran bulanan hendaklah dibayar meskipun pelajar tidak penuh pada bulan tersebut.
c) Bagi tempoh cuti sekolah setiap hujung tahun (November & Disember) yuran bulanan tetap akan dikenakan pada bayaran penuh walaupun ibubapa memilih tidak menghantar anak-anak ke Taska & Tadika MBPJ pada tempoh tersebut
d) Pengecualian hanya diberikan kepada kanak-kanak 6 tahun dan ibu bersalin dalam tempoh cuti sah dengan mengemukakan permohonan surat rasmi kepada pihak pengurusan Taska & Tadika MBPJ
e) Sebarang rayuan pengurangan yuran tidak akan dilayan
PAKAIAN
a) Memakai pakaian seragam – Kanak-kanak yang berumur 2-6 tahun diwajibkan memakai pakaian seragam seperti berikut :-
Isnin & Rabu : Uniform (Merah jambu/Ungu)
Selasa & Khamis : Pakaian sukan (Kuning/Oren)
Jumaat : Baju melayu & Songkok/Kopiah (Lelaki)
Baju kurung & tudung (Perempuan)
**Bagi kanak-kanak perempuan adalah digalakkan memakai tudung ke Taska & Tadika MBPJ setiap hari dan berpakaian sopan serta menutup aurat begitu juga dengan kanak-kanak lelaki
b) Ibubapa/penjaga juga hendaklah menyediakan :-
Baju yang bersih dan mencukupi. Pakaian yang kotor akan diberikan kepada ibubapa setiap hari
Sehelai tuala bersih pada setiap hari Isnin dan akan dipulangkan kepada ibubapa pada hari Jumaat
Berus gigi, sabun mandian dan syampu
Susu dan botol susu (bagi bayi sehingga kanak-kanak berumur 3 tahun)
Makanan bayi, jika bayi mempunyai makanan tertentu
Lampin pakai buang (diapers – 5 unit sehari)
**Sila tulis nama di atas setiap peralatan, tin susu dan sebagainya bagi mengelakkan berlaku pertukaran barang-barang.
c) Ibubapa diminta untuk memastikan anak-anak dimandikan dan memakai pakaian seragam sebelum datang ke Taska & Tadika MBPJ
d) Ibubapa juga diminta untuk menukar lampin pakai buang bayi sebelum di hantar ke Taska & Tadika MBPJ
e) Kanak-kanak dilarang daripada memakai barangan kemas dan membawa permainan. Pihak Taska & Tadika MBPJ tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan dan kerosakan yang berlaku
f) Kanak-kanak lelaki tidak dibenarkan berambut panjang dan pastikan berambut pendek. Kanak-kanak perempuan yang berambut panjang diminta untuk mengikat rambut
KESIHATAN
a) Ibubapa hendaklah memastikan kebersihan luaran kanak-kanak dijaga seperti memotong kuku, membersihkan telinga, berpakaian bersih, kemas, rambut tiada kutu serta tidak berkudis
b) Kanak-kanak yang mempunyai penyakit berjangkit seperti cirit-birit, sakit mata, campak, demam panas yang serius dan sebagainya tidak dibenarkan untuk dihantar ke Taska & Tadika MBPJ.
c) Kanak-kanak yang sakit hendaklah mengambil cuti sakit dan tidak dibenarkan ke Taska & Tadika MBPJ sehinggalah sembuh.
MAKANAN
a) Ibubapa tidak dibenarkan untuk memberikan makanan kepada anak-anak terutamanya sarapan pagi. Pihak Taska & Tadika MBPJ menyediakan makanan sarapan, makan tengahari dan minum petang (3 x sehari)
b) Ibubapa perlu memaklumkan kepada pihak Taska & Tadika MBPJ sebarang makanan atau sesuatu yang menyebabkan alergi/alahan kepada anak-anak mereka
MASA SESI PEMBELAJARAN
a) Ibubapa dikehendaki menghantar anak-anak ke Taska & Tadika MBPJ sebelum jam 8.00 pagi bagi mengelakkan sesi pembelajaran dan pengajaran yang bermula tepat jam 8.00 pagi tidak terganggu serta lewat untuk sarapan pagi
b) Ibubapa tidak dibenarkan menunggu di dalam kelas semasa sesi pembelajaran bermula atau melepak di mana-mana ruang di dalam kawasan Taska & Tadika MBPJ
c) Segala peralatan dan buku hak milik Taska & Tadika MBPJ tidak dibenarkan dibawa pulang oleh pelajar tanpa kebenaran terlebih dahulu
d) Ibubapa hendaklah sentiasa bekerjasama dengan guru-guru Taska & Tadika MBPJ untuk sama-sama memberikan bimbingan kepada anak-anak dalam pembelajaran seharian dan mengikuti peraturan yang telah ditetapkan.
KEHADIRAN
a) Jika kanak-kanak tidak dapat hadir, sila maklumkan kepada guru kelas/pegawai Taska & Tadika MBPJ secara lisan, bertulis atau telefon
b) Jika berlaku sebarang kecemasan untuk mengambil anak, perlulah menelefon terlebih dahulu untuk memudahkan pihak Taska & Tadika MBPJ
c) Jika ibubapa/penjaga tidak dapat mengambil anak, sila bawa surat yang telah ditandatangani oleh ibubapa/penjaga membenarkan orang tersebut mengambil anak anda
WAKTU OPERASI
a) Waktu operasi adalah 7.15 pagi – 6.00 petang
b) Bayaran khidmat lebih masa akan dikenakan adalah seperti berikut :-
Waktu : Sebelum jam 7.15 pg & selepas jam 6.00 ptg
(Mengikut jam Taska & Tadika MBPJ)
Kadar bayaran : RM 5.00 setiap setengah jam
c) Ibubapa digalakkan mengambil dan menghantar anak-anak pada masa yang telah ditetapkan
d) Kelewatan akan direkodkan dan akan dibilkan kepada ibubapa setiap hujung bulan
SAMBUTAN HARI JADI
a) Sambutan harijadi diraikan bersama-sama dengan semua kanak-kanak di Taska & Tadika MBPJ. Setiap kanak-kanak berpeluang menyambut harijadi mereka masing-masing.
b) Setiap ibubapa akan dikenakan bayaran RM50.00 (kos kek dan lain-lain yang berkenaan dengan sambutan) bagi setiap anak mereka (TIDAK WAJIB)
LAWATAN
a) Lawatan sambil belajar akan diadakan pada masa cuti sekolah. Kanak-kanak yang berminat untuk menyertai sebarang lawatan yang akan diadakan akan dikenakan bayaran (mengikut lokasi) untuk menampung kos makan, yuran masuk dan lain-lain
HARI KONVOKESYEN
a) Kanak-kanak yang berusia 3-6 tahun yang terlibat di dalam menjayakan Hari Konvokesyen akan dikenakan bayaran untuk kos baju, aksesori dan lain-lain
PERINGATAN PENTING
** Sekiranya ibubapa/penjaga tidak dapat memenuhi peraturan yang telah ditetapkan, pihak Taska & Tadika MBPJ berhak untuk tidak menerima/menolak kemasukan anak-anak pada bulan yang seterusnya.
**SEGALA PERATURAN DI ATAS ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN, Taska & Tadika MBPJ MUNGKIN MEMINDA PERKARA DI ATAS TANPA NOTIS JIKA PERLU
Muatturun buku polisi dan peraturan lengkap Taska & Tadika MBPJ dibawah:
Polisi dan Peraturan Taska & Tadika MBPJ - Muka 1
Polisi dan Peraturan Taska & Tadika MBPJ - Muka 2