Taska & Tadika MBPJ telah dirasmikan pada 17hb Disember 1998 oleh Ybhg. Dato' Mohd Nor Bin Bador
(mantan Yang DiPertua MBPJ). Taska & Tadika MBPJ merupakan sebuah pusat pendidikan yang memberi asuhan kepada kanak-kanak seawal
umur 3 bulan. Bimbingan serta didikan diberikan kepada kanak-kanak 4 hingga 6 tahun, di mana penerapan penguasaan
kemahiran 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) dalam pembelajaran merupakan aspek yang ditekankan.
Ia bertujuan memberi galakan kepada kanak-kanak menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan
formal di sekolah rendah kelak. Disamping itu, ia juga bagi meningkatkan kecemerlangan potensi individu kanak-kanak secara menyeluruh,
seimbang dan bersepadu.
Pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak ditingkatkan dengan pemupukan dan pengukuhan kepada amalan nilai-nilai murni melalui
usaha-usaha dan program yang terancang dan berstruktur. Kanak-kanak sentiasa diberi peluang untuk didedahkan dengan pelbagai
aktiviti dan pembelajaran mengikut silibus semasa.